Jumaat, 29 September 2017

Kayuh Basikal

Mengayuh basikal adalah satu hobi yang paling seronok pernah saya alami. Kini sudah hampir dua tahun mengayuh hampir setiap pagi atau petang.

Dalam usia melangkau lebih lima dekad mengayuh setiap hari boleh membantu agar badan sihat dan cergas. Lebih-lebih lagi dapat menghindar berbagai penyakit.

Apa yang saya lalui, semakin hari berkayuh semakin mendalam minat terhadap dunia basikal dan kayuhan.

Gambar basikal dibawah ini adalah basikal saya yang kedua. Yang pertama saya miliki adalah jenis mountain bike. Basikal kedua ini adalah jenis touring bike. Dan saya sungguh minat dengan basikal jenis touring ini.

Selain tayarnya yang lebih kecil ia sungguh ringan serta laju semasa mengayuh.

Setiap hari saya pastikan dapat mengayuh sekurang-kurangnya dari 10km hingga 20km pergi dan balik. Ia mengambil masa antara 30 hingga 45 minit.

Dan kini menyimpan hasrat agar dapat mengayuh secara jarak jauh pada satu hari nanti.

Khamis, 28 September 2017

Antara Buku dan Teknologi Moden

Ini adalah beberapa buah buku yang sudah lama tidak dibaca. Tersadai begitu sahaja. Kadang-kadang buku-buku ini perlu dibaca berulangkali bagi memahami isi kandungannya dengan lebih mendalam
.
Namun dalam era teknologi yang begitu pesat berkembang kita lebih menghabiskan masa membaca dan mencari maklumat menerusi smart phone: melayari FB, blog, portal berita dan sebagainya.

Saya sendiri terperangkap dan lalai sehingga buku-buku sudah jarang disentuh lagi.

Memang membaca buku dengan memegang dan menyentuhnya mempunyai kepuasan yang tersendiri berbanding membaca melalui smartphone, laptop dan lain-lainnya.

Mingguan Tanahair.

Ini adalah salah satu tulisan yang diterbitkan di mana mulanya saya belajar dan mencuba menulis isu politik tanahair.  Dan saya rasa cukup berterima kasih pada Mingguan Tanahair yang telah memberi peluang dan ruang pada saya mencuba bakat.

Mingguan Tanahair adalah antara akhbar mingguan politik tempatan yang popular selain akhbar Watan.

Namun ia tidak bertahan lama dipasaran. Keratan akhbar ini adalah pada tahun 1986.

Akhbar Waspada

Ini adalah keratan akhbar harian Waspada yang menerbitkan tulisan saya yang pertama sejak berminat menceburi bidang penulisan sejak awal 1981.

Harian Waspada adalah akhbar harian utama di Medan, Sumatera Utara pada waktu itu.

Jumaat, 8 September 2017

Biodata

TAUFIQ MUBARAK dilahirkan pada 24 November, 1962. Mendapat pendidikan di Maktab Sultan Ismail,  Kota Bharu, Kelantan. Kemudian mengikuti Kursus Kewartawanan di Indonesia. Rencana pertamanya diterbitkan dalam akhbar Harian Waspada,  Sumatera Utara pada 1981. Penulisannya pernah diterbitkan sekitar tahun 1980an dalam akhbar Utusan, Mingguan Malaysia, Berita Harian, Watan, Mingguan Tanahair, Mingguan Islam dan Siasah. Pernah menjadi wartawan akhbar Mingguan Islam. Kini menjadi freelance dan menulis blognya : taufiqmubarak. blogspot. com